PROFILE

UiTM

Vision

To establish UiTM as a Globally Renowned University of Science, Technology, Humanities and Entrepreneurship.


Mission

To lead the development of agile, professional bumiputeras through state-of-the-art curricula and impactful research.


ARI

Vision

To become a renowned global research centre in Islamic Financial Criminology that optimizes values to society while maximizing our talent potentials.

Mission

To enrich knowledge corpus in the areas of Islamic Finance and Financial criminology through quality researchinnovation and consultancy, mainstreaming talent excellence, empowering community outreach, and promoting financial sustainability that are impactful for the society.

OBJEKTIF KUALITI

A. PENYELIDIKAN, PERUNDINGAN DAN INOVASI

  • 100% Felo melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti penyelidikan, perundingan dan inovasi setiap tahun.
 

B. PENULISAN DAN PENERBITAN

  • 90% Felo menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) hasil penulisan ke jurnal Q1 & Q2 setiap tahun.

  • 90% Felo ARI menyumbangkan sekurang- kurangnya satu (1) hasil penulisan ke dalam bab dalam buku (chapter in a book).

C. PENSYARAH JEMPUTAN, PROFESOR PELAWAT, SARJANA PELAWAT (VISITING SCHOLAR) DAN AKTIVITI KESARJANAAN LAIN

  • 90% Felo dilantik atau dijemput sebagai pensyarah jemputan, profesor pelawat, sarjana pelawat (visiting scholar) dan aktiviti kesarjanaan lain oleh universiti dan agensi dalam dan luar negara.

D. JARINGAN KOLABORASI

  • Menjalankan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti setahun bagi setiap MoU atau MoA yang aktif.

E. PELAJAR PASCASISWAZAH

  • 100% Felo melibatkan diri dalam penyeliaan pelajar PhD.

  • 100% Felo yang memenuhi syarat menjadi penyelia utama kepada sekurang- kurangnya satu (1) pelajar PhD.

  • 70% pelajar pascasiswazah bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan.

Piagam Pelanggan ARI

  1. Menyediakan perkhidmatan pengurusan penyelidikan dan program pascasiswazah yang bermutu tinggi dan terjamin

  2. Staf yang cekap, mesra, berdisiplin dan terlatih.

Pengajian Pascasiswazah

Proses kemasukan pelajar

  1. Memastikan proses temuduga bagi pelajar baharu dilaksanakan dalam masa seminggu selepas penerimaan permohonan lengkap daripada IPSis dan menghantar senarai nama pelajar yang terpilih kepada IPSis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas temuduga.


Proses pengurusan DRP

  1. Memastikan pelajar menghantar cadangan penyelidikan (proposal) dalam masa dua (2) minggu sebelum tarikh pembentangan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pasca Siswazah ARI.

  2. Mendapatkan nama penilai daripada penyelia (dua bagi content expert dan satu bagi research methodology) tiga (3) minggu sebelum tarikh DRP dan menghantar cadangan penyelidikan kepada panel penilai dalam masa dua (2) minggu sebelum DRP.

  3. Menghantar keputusan rasmi DRP dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja kepada pelajar dan IPSis.

Proses Pengurusan Viva Voce

  1. Menghantar tesis dan borang berkaitan kepada pemeriksa dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat tesis akhir daripada pelajar.

  2. Memastikan susulan berkala dengan semua pemeriksa bagi membolehkan Laporan Pemeriksaan Tesis yang lengkap dihantar kepada Pejabat Pasca Siswazah ARI dalam masa satu (1) bulan selepas dihantar kepada pemeriksa.

  3. Mengendalikan sesi viva voce dalam masa dua (2) minggu selepas penerimaan Laporan Pemeriksaan Tesis lengkap daripada semua pemeriksa.

  4. Menghantar keputusan dan laporan viva voce kepada pelajar dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas viva voce.

  5. Menghantar keputusan pembetulan viva voce kepada pelajar dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas keputusan lengkap diterima daripada pemeriksa dalaman.

  6. Menghantar kesemua dokumen yang berkaitan dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan pembetulan diterima daripada pemeriksa, kepada IPSis.



Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan Kolaborasi

  1. Mengeluarkan iklan permohonan geran penyelidikan kepada felo penyelidik sebaik sahaja menerima peruntukan daripada kementerian.

  2. Mengeluarkan surat tawaran geran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja setelah menerima kertas cadangan akhir dari penyelidik.

  3. Mengeluarkan notis tamat projek enam (6) bulan sebelum projek berakhir melalui sistem iRES.

  4. Memastikan ketua projek menghantar laporan hasil penyelidikan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat projek.

  5. Segala permohonan penyelidikan / inovasi diberi keputusan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima surat permohonan.

  6. Mengambil tindakan memperbaharui MoU MoA enam (6) bulan sebelum tarikh tamat.

Contact Us

Accounting Research Institute (ARI)
Level 12, Menara SAAS 
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

 

Tel: +603 5544 4829
Fax : +603 5544 4992

Email: ari@uitm.edu.my

Facebook ARI Instagram ARI Youtube ARI