Vision
Mission
OBJEKTIF KUALITI
Piagam Pelanggan ARI
Pengajian Pascasiswazah
-
Memastikan proses temuduga bagi pelajar baharu dilaksanakan dalam masa seminggu selepas penerimaan permohonan lengkap daripada IPSis dan menghantar senarai nama pelajar yang terpilih kepada IPSis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas temuduga.
Proses pengurusan DRP
-
Memastikan pelajar menghantar cadangan penyelidikan (proposal) dalam masa dua (2) minggu sebelum tarikh pembentangan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pasca Siswazah ARI.
-
Mendapatkan nama penilai daripada penyelia (dua bagi content expert dan satu bagi research methodology) tiga (3) minggu sebelum tarikh DRP dan menghantar cadangan penyelidikan kepada panel penilai dalam masa dua (2) minggu sebelum DRP.
-
Menghantar keputusan rasmi DRP dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja kepada pelajar dan IPSis
Proses Pengurusan Viva Voce
-
Menghantar tesis dan borang berkaitan kepada pemeriksa dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat tesis akhir daripada pelajar.
-
Memastikan susulan berkala dengan semua pemeriksa bagi membolehkan Laporan Pemeriksaan Tesis yang lengkap dihantar kepada Pejabat Pasca Siswazah ARI dalam masa satu (1) bulan selepas dihantar kepada pemeriksa.
-
Mengendalikan sesi viva voce dalam masa dua (2) minggu selepas penerimaan Laporan Pemeriksaan Tesis lengkap daripada semua pemeriksa.
-
Menghantar keputusan dan laporan viva voce kepada pelajar dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas viva voce.
-
Menghantar keputusan pembetulan viva voce kepada pelajar dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas keputusan lengkap diterima daripada pemeriksa dalaman.
-
Menghantar kesemua dokumen yang berkaitan dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan pembetulan diterima daripada pemeriksa, kepada IPSis.
Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan Kolaborasi
-
Mengeluarkan iklan permohonan geran penyelidikan kepada felo penyelidik sebaik sahaja menerima peruntukan daripada kementerian.
-
Mengeluarkan surat tawaran geran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja setelah menerima kertas cadangan akhir dari penyelidik.
-
Mengeluarkan notis tamat projek enam (6) bulan sebelum projek berakhir melalui sistem iRES.
-
Memastikan ketua projek menghantar laporan hasil penyelidikan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat projek.
-
Segala permohonan penyelidikan / inovasi diberi keputusan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima surat permohonan.
-
Mengambil tindakan memperbaharui MoU MoA enam (6) bulan sebelum tarikh tamat.